suatu masa,
kau hadir dalam hidup ku,
memberi erti baru,
membuka lambaran kisah
menyakinkan hatiku yang dulu tak pasti....
sejak kau hadir,
mengisi ruang hidupku,
ku rasakan bahagia...
terima kasih yang tak terhingga,
ku syukuri nikmat Allah...
walau kekadang ku ragu,
kerana dirimu LELAKI..
kerana fitrah kejadianmu..
tapi aku yakin pada keikhlasan hati mu
lalu aku karangkan ungkapan buat mu,
agar dirimu mengerti tentang harapan ku,
tentang hatiku....
saya sangat sensitif sekarang...
air mata cepat mengalir....hati mudah retak....
''awak, maafkan saya
terlalu banyak karenah yang menguji,
terlalu banyak menyusahkan,
terlalu banyak maaf yang terucap,
terlalu banyak janji yang tak di tepati,
dan terlalu banyak yang perlu diperbaiki....
pada setiap ruang yang ada,
diri ini menjadi wanita solehah
yang dapat membahagiakan awak,
yang takkan mengeluh pada setiap masa,
yang takkan mendabik dada dengan setiap kesenangan,
yang takkan pernah jemu menjadi wanita yang halal pada suaminya...
dan doa ini takkan pernah berhenti di setiap siang dan malam, pagi dan petang,
Insya Allah...
mahu menjadi wanita yang indah akhlaknya,
mahu menjadi wanita yang sentiasa menyenangkan dan menenangkan
hanya lelaki yang bergelar suaminya...
dan semoga doaku termakbul,
hasrat ku terkabul,
langkah ku teratur,
dan semoga ini bukan sekadar omongan kosong...
sejak awak mula bekerja, awak mula jauh dari saya
dan saya mula sedar...
sejak itu saya mula jauh dari awak, bukan bermaksud untuk tinggalkan awak
saya cuma nak bagi kehidupan yang awak mahukan..
bila saya rindu awak, saya intai awak di facebook
dan saya akan tetap sabar menanti,
sehingga saat kita menjadi HALAL untuk satu sama lain
andai ada jodoh antara kita....
Amin.
No comments:
Post a Comment